KUDIS TEKANAN/ DECUBITUS ULSER


"Along, semalam kawan ibu call, tanya kenapa punggung mak dia ada luka, tapi tak da jatuh atau cedera. Lepas dia kene Angin Ahmar, asyik terbaring je"

"Doktor, kenapa punggung mak saya luka, semalam dia cirit-birit, tetapi lambat sikit tukar pampers, tengok-tengok ada luka. Kenapa boleh jadi macam tu?"

❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌

Mesti ramai yang nak tahu kenapa keadaan tersebut boleh berlaku. Keadaan tersebut dipanggil kudis tekanan/pressure sore/bed sore.

Kudis Tekanan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Akibat terlalu lama dalam posisi yang sama seperti duduk atau baring, peraliran darah ke kawasan tertentu menjadi kurang.

Faktor Risiko Decubitus Ulcer

✔ Boleh terjadi apabila pesakit tidak dapat merubah posisi tubuh apabila terlalu lama duduk di atas kerusi roda atau baring di atas katil
✔ Terjadi kepada pesakit yang mempunyai kulit yang mudah rosak/luka terutama pesakit yang tua,
✔ Pesakit yang tidak mendapat nutrisi yang cukup selain mengalami pola pemakanan yang tidak tersusun seperti, kurang minum air bagi memastikan kelembapan kulit.
✔ Penyakit seperti Diabetis Mellitus (Kencing Manis) yang menyebabkan gangguan dalam perjalanan darah ke tisu tubuh, menyebabkan gangguan dalam penghasilan tisu baru pada kulit.

Rawatan:

🌸Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna
🌸Merawat jangkitan kuman

Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:

✅Kerap mengalihkan posisi pesakit
✅Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
✅Memastikan kawalan kesakitan yang mencukupi
✅Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)

* Walaubagaimanapun, apabila terjadinya kudis tekanan, pencucian luka atau 'dressing' akan dilakukan bagi membersihkan kawasan yang luka ataupun 'debridement' iaitu satu procedure dimana pembuangan tisu mati/rosak dilakukan bagi menggalakan penghasilan tisu baru.

Selepas penyucian, digalakkan juga untuk meletakkan krim atau losyen yang mengandungi zink. Zink ni banyak manfaat seperti merangsang sel sel darah putih. Sel darah putih sangat penting untuk proses penyembuhan dan ketahanan pada kulit.

Penjagaan serta kaedah pengurusan pesakit dengan betul dapat membantu dalam memastikan kudis tekanan tidak berlaku.

Dapatkan segera di Farmasai Marmin (Peramu 8AM-10PM) atau (Ketapang 9AM-10PM)

Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts