Kulat Kuku dan Produk untuk Rawatan

APA ITU KULAT KUKU?

Adakah anda mempunyai kuku yang berubah warna, tebal dan rapuh?Jika ya, anda mungkin mempunyai onikomikosis atau kulat kuku.  Kira-kira 10% daripada penduduk umumnya mempunyai masalah ini.

Kulat kuku terjadi disebabkan oleh kulat yang dipanggil dermatophyte. Kulat kuku merebak dengan senang di tempat panas lembap seperti pusat gym, bilik mandi dan kolam renang awam. Kulat kuku juga boleh merebak melalui penggunaan tuala dan baju yang tidak bersih.

Apakah tanda-tanda kulat kuku?

1.Tompokan putih dibawah kuku
2.Kuku mulai tebal,  kering dan mudah pecah
3.Kuku pecah di bahagian tepi

Jika tidak dirawat,  anda mungkin boleh mengalami kuku yang tercabut dari kulit dan mula merebak ke kuku yang lain

Oleh itu,  sebelum ianya merebak dengan lebih teruk,  anda boleh cuba gunakan beberapa produk untuk kulat kuku seperti:

⇒Emtrix
-Mempunyai kesan keratolitik, menukarkan warna dan membentuk kuku. Perubahan pada kuku dapat dilihat dalam masa SATU minggu.

⇒SFN10
-penyerapan penuh ke dalam kuku,  cepat dan efektif menyukarkan kulat membiak tanpa merosakkan kuku.

⇒Candazole
-mengandungi clotrimazole yang menghalang pertumbuhan kulat. Perubahan pada kuku boleh dilihat dalam masa 1 atau 2 minggu

Boleh dapatkan SEGERA di Farmasi Marmin (Peramu 8AM-10PM) @ Ketapang 9AM-10PM atau whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799


Comments

Popular posts from this blog

APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

TIPS PILIH VITAMIN C 🍊πŸ₯‘πŸ…