Ekzema dan rawatan kanak-kanak

Apa itu ekzema?
Dermatitis atopik (AD) atau ekzema adalah penyakit kulit radang yang kronik. Asal tidak diketahui yang biasanya bermula pada awal umur, tetapi juga memberi kesan kepada sejumlah besar orang dewasa.
AD biasanya dikaitkan dengan tahap immunoglobulin E (IgE). Ekzema selalu hadir bersama beberapa penyakit alahan seperti alergi makanan, asma, dan rhinitis alahan

Apa penyebab ekzema?
Keturunan.
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.

Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti:
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat rawat gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Krim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
Elakkan mandi air panas/suam.
Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
Elakkan dari fabrik yang kasar.
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
Gunakan krim atau losyen pelembab selepas mengelap anak anda.
Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

losyen pelembap kulit kering ekzema


mandian untuk kulit ekzema


🌸Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (peramu 8am-10pm) @ ketapang (9am-10pm)



Comments

Popular Posts