Hypertensi/ Tekanan Darah Tinggi

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
===================================

Jantung anda berfungsi sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Tekanan yang dihasilkan semasa aktiviti tersebut membawa darah keseluruh badan. Bacaan tekanan darah adalah berbeza bagi setiap orang.

Faktor penyebab Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
===========================================

❌Cara hidup tidak aktif
❌Umur melebihi 35 tahun
❌Merokok
❌Kegemukan
❌Paras kolesterol tinggi
❌Sejarah keluarga
❌Pengambilan alkohol yang berlebihan
❌Pengambilan garam yang tinggi

Symptom
========

Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala. Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala yang berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

PERINGATAN!! jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
================================================================

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan seperti:
🦠Otak
🦠Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
🦠Penyakit jantung
🦠Komplikasi pada mata
🦠Komplikasi pada buah pinggang

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
=================================================================

✅Perlu mengubah amalan cara hidup anda
✅Amalkan permakanan sihat
✅Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
✅Melakukan senaman berkala
✅Kurangkan berat badan jika berlebihan
✅Atasi tekanan secara berkesan
✅Berhenti merokok

Sebagai langkah persediaan, anda boleh memeriksa tekanan darah secara berkala. Boleh datang ke Farmasi Marmin untuk memeriksa tekanan darah anda secara PERCUMA. Juga dapatkan meter tekanan darah untuk pemeriksaan yang kerap tak kira semasa dirumah atau melancong.



Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)
Sebarang pertanyaan boleh whatssapp kami di http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts