Makanan Tambahan untuk Pesakit Osteoathritis (haus tulang rawan)

Osteoarthritis (sakit sendi)

Merupakan jenis sakit sendi yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).

Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.

Siapakah yang berisiko?

Dua kumpulan usia yang berbeza:

⇒Wargatua di mana ianya disebabkan oleh peningkatan usia (rawan menjadi haus)
⇒Dewasa yang masih muda di mana penyebabnya adalah trauma (rawan rosak disebabkan kecederaan)

Apa yang menyebabkan osteoarthritis?

➡Satu daripada proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.
➡Sejarah trauma ataupun kecederaaan sukan di usia muda
➡Masalah kegemukan mempercepatkan proses pembentukan osteoarthritis.
➡Masalah rawan semulajadi


Adakah anda menghidap osteoarthritis?

Pesakit selalunya mengadu sakit sendi bila melakukan pergerakan. Ianya juga menjadi lebih sakit di penghujung jari.

Bagaimana ia dirawat?

Rawatan adalah dalam beberapa peringkat bergantung kepada keadaan pesakit. Pembedahan selalunya adalah untuk peringkat yang lewat. Kaedah rawatan adalah:

⇢Ubat penahan sakit
⇢Senaman dan fisioterapi
⇢Mengubahsuai aktiviti harian
⇢Mengurangkan berat badan
⇢Pengambilan makanan tambahan

Makanan tambahan atau suplemen yang digunakan kebiasaannya mengandungi bahan aktif seperti glucosamine & chondroitin yang mana bentindak sebagai pelincir dan anti keradangan sakit sendi lutut

Suplemen untuk pesakit sendi ini terbahagi kepada dua iaitu
Larut dalam air:
➡Vitamode JointCare Plus Powder
➡OsteoActiv
➡Viatril-s (glucosamine only)
➡Zentril




Biji & Kapsul:
➡Joinflex Forte
➡Bio-life Glucosamine Chondroitin
➡Condropil
➡Conart
➡Artriforte(glucosamine only)
➡Donna Forte (glucosamine only)
➡Donna Gluco-C plus MSM
➡Flexit SR (glucosamine only)
➡Live-well OsteSamin plus Chondroitin





➩Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

➩Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

Comments

  1. Selamat petang,,, kalau mereka yang berumur 76tahun boleh jugakah makan ubat shine???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts