PARACETAMOL dan KANAK-KANAK

PARACETAMOL dan KANAK-KANAK

Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol selalunya digunakan untuk merawat demam dan berfungsi sebagai tahan sakit. 

Dos dewasa adalah 1000mg setiap 4 hingga 6 jam. Jumlah dos seharian tidak melebihi 4g.

Paracetamol untuk kanak-kanak biasanya dalam bentuk cecair atau sirap. Kiraan dos untuk diberi kepada anak-anak perlu mengikut dos yang disarankan.

Menurut Frank Shann 17th Edition 2017, dos ubat untuk Paracetamol ialah : 15mg/kg 4-6 hours, max 4g/day

Maka, pengiraan yang diambil ialah : 15mg/kg berat anak/dose

♦Jika berat anak ialah 9kg = 15mg x 9kg
=135mg

Di pasaran dan Farmasi Marmin terdapat 2 jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml.

Ibu bapa perlu memastikan ubat dengan kekuatan yang diberikan sebelum mengambil ubat tersebut.

➡Bagi kekuatan 250mg/5ml
5÷250 × 135mg

Jadi,  perlu minum 2.7ml 4 kali sehari(maksimum) atau bila perlu apabila anak demam.

➡Bagi kekuatan 120mg/5ml
5÷120×135mg

Jadi, perlu minum 5.6 ml 4 kali sehari(maksimum) atau bila perlu apabila anak demam.

Ibu bapa perlu memastikan pengiraan dengan dos yang betul agar ubat yang mencukupi berdasarkan berat anak dan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.

Ubat Paracetamol tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yg jauh dari capaian anak-anak.

Penjaga digalakkan menulis tarikh buka pada botol ubat.
Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.

Di Farmasi Marmin kami membekalkan kepada anda pelbagai perisa paracetamol mengikut selera anak anda

❤Orange- Axcel Paracetamol & Panadol kanak-kanak 6+
❤Fruity- Uphamol 250
❤Blackcurrant-Hoemol 
❤Strawberry- Panadol kanak-kanak 1-6
❤Rasberry-Progesic 250



Jadi tiada masalah lagi jika anak anda tidak gemar salah satu perisa di atas kerana anda masih ada pilihan untuk mencuba perisa yang lain.

⇰Boleh dapatkan di FarmasiMarmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

⇰Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts