Rawatan parut baru dan lama

Tak confident bila ada parut ?

Parut adalah sesuatu yang tidak digemari tak kira lelaki mahupun perempuan. Akan ternampak jelas terutamanya di bahagian yang terbuka. Parut akan memberi kesan negatif dari segi kecantikan dan boleh mengganggu fungsi seperti pergerakan sendi.

Namun begitu, parut adalah perkara yang baik kerana terhasil dari proses penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Kecederaan boleh disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan. Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh  terbentuk samada pada  tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.

Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa iaitu dipanggil parut matang tetapi ianya tidak akan hilang sepenuhnya.

Bagaimana parut terbentuk?

Badan akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil kolagen apabila tisu atau kulit tercedera.  Kolagen akan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera. Kolagen  dan saluran darah yang baru terbentuk dengan aktif menyebabkan parut kelihatan tebal dan kemerah-merahan.

Proses ini akan berlanjutan sehingga satu tahap di mana jaringan kolagen yang terbentuk akan terlerai dan pengaliran ke saluran darah menurun.

Parut akan kelihatan semakin rata, lembut dan pudar. Parut yang sedemikian dkenali sebagai parut matang.

Sekiranya penghasilan kolagen berlebihan dan tidak teratur, tisu fibrosis akan meningkat menyebabkan parut lebih tebal dari permukaan kulit dan keras.

Dimana parut boleh terbentuk?

➡Parut jenis keloid- dada, belakang, cuping telinga dan bahu
➡Parut kontraktur- sendi jari, ketiak dan leher
➡Parut Atrofik- kulit muka

Jenis-jenis parut?

1) Parut Hipertrofi.
Parut hipertrofi akan kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan.


2) Parut Keloid.
Parut keloid terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Parut ini bukan sahaja hodoh kerana warnanya yang lebih gelap, ianya juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.


3) Parut Atrofik.
Parut atrofik adalah parut yang tenggelam atau melekuk ke dalam kulit. Parut jenis ini biasanya berlaku pada jerawat yang telah sembuh. Walaupun saiznya kecil tetapi kuantitinya banyak dan akan nampak ketara terutama pada bahagian muka.

4) Parut Kontraktur. Parut kontraktur sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, kelecuran atau kehilangan kulit akibat kecederaan lain. Tisu fibrosis akan menarik kulit di antara permukaan sendi seperti jari tangan, siku dan leher. Ianya juga boleh menarik kulit yang lembut seperti kelopak mata dan bibir.


Terdapat banyak jenis rawatan untuk menghilangkan parut antaranya rawatan secara luaran seperti meletakkan krim atau gel untuk membantu mengurangkan kesan parut.


❤Dermatix Ultra Gel 15g
-kesan terbaik selepas 3 bulan penggunaan setelah luka sembuh dan tertutup(selepas 10-14 hari pembedahan)
-Penggunaan 2 kali sehari
-bertahan selama 2 bulan untuk parut 6 inci
-cepat kering dan lembut
-tiada warna, tiada bau dan tidak berminyak

❤Mederma Proactive Gel 20g
-mengandungi kombinasi bahan aktif Ceoalin, Allantoin dan aloe vera untuk membantu penyembuhan dan menambah baik warna dan permukaan parut.
-sesuai untuk parut lama dan baru
-guna 2 kali sehari
-gel yang tidak berminyak dan boleh ditutup dengan makeup
-kesan terbaik sekurangnya 2 bulan untuk parut baru dan 3-6 bulan untuk parut lama
-Selamat digunakan untuk kanak-kanak dan orang tua

❤Hiruscar Silicon pro
-digunakan selepas luka sembuh dan tertutup sekurangnya 3 bulan penggunaan
-gunakan 2 kali sehari
-boleh ditutup dengan makeup mahupun sunscreen
-kesan selepas 2 bulan untuk parut kecil dan 3-6 bulan untuk parut yang tebal
-10g tube boleh bertahan selama 2 bulan untuk parut 8cm

❤Rosken skin repair high potency Vitamin E cream
-10,000 IU Vitamin E
-normal kepada kulit kering
-penggunaan 2 kali sehari

❤Bio oil
-untuk kesan parut baru dan lama
-penggunaan 2 kali sehari
-sesuai untuk kulit sensitif
- tidak komedogenik

❤Cosmoderm Vitamin E Oil 30,00 I.U.
-100% minyak vitamin e tulenmengandungi minyak rosehip dan vitamin a meningkatkan lagi kebolehan sebanyak 3 kali ganda
-diuji pakar kulit
-diuji tidak akan berlaku alergi
-sesuai untuk kulit kering dan normal

❤Palmer Cocoa Butter Skin Therapy Oil
-kesan sehingga 93% mengurangkan parut selepas 2 bulan
-guna 3 kali sehari atau lebih
-lembut pada kulit dan tidak berminyak
-melembutkan kulit

❤Hiruscar Kids
-lembut pada kulit formula sesuai untuk kanak-kanak
-penyerapan yang bagus
-kegunaan untuk kanak-kanak di atas 2 tahun
-gunakan 2-3 kali sehari





Peringatan‼ Penggunaan krim anti-parut hanya apabila luka telah sembuh dan tertutup.


↕Boleh dapatkan di FarmasiMarmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

⇰Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts