Tips Pertolongan Cemas

MENGAPA PERTOLONGAN CEMAS ITU PENTING?
========================================

☘Kulit yang sihat melindungi tubuh daripada kuman. Namun kulit yang terluka akan memudahkan kuman memasuki tubuh. Persekitaran tisu kulit yang lembap dan bernutrisi merupukan tempat yang disukai bakteria untuk membiak.

☘Kuman yang biasanya tidak memberi ancaman kepada tubuh akan memasuki luka dari sekitar kulit yang sihat. Luka akan dicemari oleh kuman dari kotoran, haiwan, individu atau kuman bawaan udara atau disentuh dengan tangan yang tidak dibasuh.

☘Tahap keseriusan jangkitan kuman bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis bakteria yang mencemari, jenis luka, kedalaman luka, lokasi, paras bekalan darah ke kawasan luka dan tindak balas imunisasi badan pada mikroorganisma yang menceroboh badan.

☘Gunakan antiseptik kerana ia adalah langkah berjaga-jaga untuk menghalang jangkitan yang melambatkan proses penyembuhan luka.

Tips pertolongan cemas yang ringkas untuk menghalang jangkitan luka kecil
=====================================================================
1.Bersihkan tangan sebelum dan selepas menyentuh luka menggunakan sabun antimikrob, atau santasi tangan berasaskan alkohol.
2.Bersihkan luka dengan air yang mengalir, pembersih antiseptik, atau cecair antiseptik campuran
3.Keringkan kulit sekitar luka dengan lembut
4.Sapukan krim antiseptik untuk membunuh kuman dan bakteria yang masih ada
5.Lindungi luka dengan pembalut dan tukar dengan kerap
6.Amalkan membersihkan tangan dengan membasuh tangan setelah selesai
7Jika luka tidak berhenti berdarah atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kemerah-merahan atau bengkak, dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera.

Cecair antiseptik

krim antisepik




☘Jadi, tidak lengkaplah kediaman anda tanpa sebotol cecair dan krim antiseptik.

🌸Antara produk yang boleh disimpan di rumah seperti berikut. Anda boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

🌸 Wassap.my/60139688099

Comments

Popular Posts