Mata kering dan penyelesaiannya

Rasa tak selesa pada mata 👀? Mata aku kering ka ?

⏩Apa itu mata kering ?
Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak  berkualiti. Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.

⏩siapakah golongan yang berisiko mengalami mata kering?
-wanita lebih sering mengalami mata kering berbanding lelaki
-mata kering boleh berlaku pada semua peringkat umur namun warga tua lebih berisiko tinggi

⏩Apakah tanda-tanda mata kering?
-pedih atau rasa terbakar pada mata
-rasa seperti berpasir
-air mata banyak mengalir
-mata terasa kesat
-mata sakit dan kemerahan
-penglihatan kabur
-tidak boleh menghasilkan air mata walaupun menangis
-rasa tidak selesa apabila menggunakan kanta pelekap
-tidak boleh melakukan aktiviti seperti melihat skrin terlalu lama
-mata berasa letih

⏩Apakah rawatan untuk mata kering?
-penutupan punctum (lubang airmata) bersifat sementara.
-ubat-ubatan lain dan nutrisi.
-lipiflow.
-restasis.
-menggunakan air mata tiruan, ubat titis mata atau gel

⏩Apa yang boleh kita buat untuk mengelakkan dari mata kering?

-mengunakan penapis udara untuk menapis habuk
-elakkan dari keadaan kering seperti duduk di kawasan berhawa dingin terlalu lama
-menggunakan ubat titis mata yang melembapkan

⏩Antara ubat titis yang membantu merawat mata kering ialah

a) Jenis Botol

1.Systane Ultra
-mengandungi propylene Glycol 0.6% yang bertindak sebagai pelicir
-melegakan mata yang sakit dan terbakar disebabkan oleh kekeringan
-perlindungan mata yang lebih lama
-membantu mata untuk lebih segar
-buang lebihan ubat titis selepas 1 bulan dibuka

2.Systane Balance
-mengandungi proplene glycol 0.6% yang berindak sebagai pelincir
-membantu memulihkan lapisan minyak dalam mata
-direka untuk berfungsi pada 3 lapisan filem mata
-buang lebihan ubat titis selepas 6 bulan dibuka

3.Systane Lubricant Eye Drop
-mata akan lebih lembap dan segar
-formula original
-lebih tahan lama dan kelegaan lebih cepat
-buang lebihan ubat titis selepas sebulan digunakan

4.Systane Gel Drop
-kelegaan yang tahan lama disebabkan oleh mata kering
-formulasi gel yang tebal untuk lebih perlindungan kepada mata kering
-sesuai untuk yang mahu perlindungan yang lebih
-buang lebihan ubat titis mata selepas 3 bulan dibuka


5.Systane Lubricant Eye Drop (Hydration)
-melegakan keradangan pada mata disebabkan mata kering
-mengandungi hyluronate
-boleh juga digunakan untuk membasahkan kanta lekap
-buang lebihan ubat titis selepas 3 bulan dibuka

6.Optrex Rehydrating Eye Drop (dry eyes)
-cepat melegakan simptom mata kering
-boleh digunakan bersama contact lens
-perlu dibuang lebihan ubat titis selepas 28 hari

7.Refresh Tear
-segera melembapkan dan melegakan mata kering
-mempunyai ciri yang hampir sama dengan air mata semulajadi
-perlu buang lebihan ubat titis selepas 1 bulan dibuka

8.Lacri vision
-menggantikan air mata yang bertindak sebagai pelembap dan pelincir untuk mata kering
-sesuai untuk mata kering disebabkan terlalu lama penggunaan komputer atau disebabkan cuaca
-buang lebihan ubat titis selepas 30 hari dibuka

9.Rinz Normal Saline
-melegakan mata yang penat disebabkan terdedah kepada habuk angin asap atau penghawa dingin
-cabut kanta pelekap sebelum 20 minit manggunakannya
-buang lebihan ubat titis selepas 1 bulan dibuka

10.Eye Mo Regular
-melegakan gangguan ringan pada mata
-cabut kanta pelekap sebelum penggunaan
-buang lebihan ubat titis 1 bulan selepas dibuka

11.Hialid 0.1 Opthalmic Solution
-mengandungi sodium hyaluronate
-fungsi sodium hyaluronate membantu memegang molekul air dengan lebih lama
-membantu merawat  gangguan Keratoconjunctival epitelial yang berpunca daripada penyakit berikut:
-penyakit intrinsik seperti sindrom Sjögren, sindrom Stevens-Johnson dan sindrom sicca (mata kering).
-penyakit ekstrinsik yang disebabkan oleh pembedahan, ubat-ubatan, trauma, memakai kanta pelekap dan lain-lain.
-tidak boleh digunakan bersama kanta pelekap
-buang lebihan ubat titis selepas buka 1 bulan

12.Optrex Refreshing Eye Drop
-menyegarkan dan melebutkan
-mengandungi extrak tumbuhan semulajadi
-sesuai untuk yang mengalami mata penat sperti: terlalu lama mengadap skrin atau berada di kawasan yang panas


13.Vismed Multi
-tiada bahan pengawet
-boleh tahan sehingga 3 bulan selepas dibuka
-melegakan mata kering
-menjadi pelincir mata disebabkan kekeringan, habuk, asap, pendingin udara, angin, telalu lama melihat skrin atau masalah penggunaan kanta pelekap
-tiada bahan pengawetq

b)jenis vial

1.Cationorm vial
-Cationorm adalah emulsi yang dibentuk oleh fasa berair dan fasa berminyak.
-Cationorm bukan sahaja mengembalikan kelembapan tetapi juga membantu mencegah kehilangan cecair.
-Cationorm adalah emulsi penghidratan dan pelincir yang melegakan ketidakselesaan dan kerengsaan mata kering yang disebabkan oleh penggunaan kanta lekap atau keadaan persekitaran yang berpanjangan.
-buang lebihan ubat titis selapas digunakan
-tiada bahan pengawet

2.Systane Lubricant Eye Drop (Hydration UD) vials
-tiada bahan pengawet
-mengandungi hyaluronate
-menyahidrat
-bertindak dengan cepat dan tahan lama
-selamat digunakan bersama kanta lekap
-buang lebihan ubat titis selepas kali pertama penggunaan. TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMULA


3.Tears Naturale Free
-tiada bahan pengawet
-untuk kelegaan segera disebabkan oleh kerensangan mata atau terdedah pada angin
-buang bekas setelah 12 jam dibuka
-boleh digunakan sekerap yang boleh

titis mata botol


titis mata vial

Ubat titis mata perlu dijaga dengan rapi supaya tidak berlaku sebarang jangkitan lain dikemudian hari

✨Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

Comments

  1. Siksa juga mata kering ni ya. Syukurlah, belum pernah rasa macam ni.. huhu. Sama-sama jaga kesihatan mata kita hendaknya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts