Apa itu kudis buta 🧐?

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.



🌼Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
🌼Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
🌼Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
🌼Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

👉Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?

💠   Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Reaksi alahan kepada kutu.
💠tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
💠Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
 💠Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

👉Kawasan yang biasa dijangkiti

 💅Dicelah-celah jari.
 ✋Tapak tangan.
🖐Bahagian dalam pergelangan tangan.
 💢 Kawasan kemaluan.
 💢Punggung.
 💢Sekitar pusat.
 💢Celah-celah ketiak.
 💢Siku.
 💢Kaki dan buku lali.

👉Bagaimana ianya merebak?

  👨‍👩‍👧‍👦 Sentuhan kulit ke kulit.
  👕Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

👉Apakah rawatan untuk kudis buta?

krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

    ✔️Losyen permethrin.
    ✔️Losyen lindane
    ✔️Krim gamma benzene hexachloride.
    ✔️Losyen benzyl benzoate.
    ✔️Losyen malathion.
    ✔️Losyen atau krim crotamiton.




👉Dimana ianya disapu?

👫Daripada bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki.
👫Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

👉Bagaimana ianya disapu?

1⃣Ubat-ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
 2⃣ Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

➕Tips tambahan

👍Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

👍Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

👍Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubat-ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

👍Pencegahan dari merebak kepada orang lain

👍Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.

👍Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

♦ Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin
http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts