STEVIA☘? BOLEH JADI PENGGANTI KEPADA GULA🐜?

Gula tambahan adalah bahan yang paling bahaya dalam pemakanan seharian ⛔
.
Ianya selalu berkait rapat dengan banyak penyakit berbahaya termasuk masalah obesiti, masalah jantung, kencing manis dan tidak terkecuali kanser
.
Kebanyakan dari kita mengambil gula secara berlebihan♐ dan yang paling teruk lagi kita tak sedar pun telah mengambil gula yang banyak.😟
.
Namun, kita bernasib baik kerana terdapat pelbagai jenis cara untuk memaniskan makanan tanpa mengambil gula sebagai contoh stevia.
.
‼Kenapa gula tidak baik untuk anda⁉
.
Gula tidak banyak memberi manfaat pada individu. ianya tidak mempunyai protein vitamin mahupun mineral.
Ada banyak sebab untuk anda elak dari mengambil gula
1⃣Gula mengganggu hormon yang mengawal kelaparan dan kekenyangan. Ini menyebabkan kita mengambil kalori yang berlebihan dan naik berat badan
2⃣ Gula juga mengganggu metabolisma , yang boleh menyebabkan obesiti
3⃣ Pengambilan gula yang tinggi juga sering berkait rapat dengan penyakit yang membawa kepada kematian seperti penyakit jantung, kencing manis dan juga kanser
4⃣Gula juga menyebabkan ketagihan. Yang mana menyebabkan rasa craving dan boleh menyebabkan kita terlebih makan.
.
✅Alternatif pemanis yang lain adalah stevia
.
Stevia adalah pemanis semulajadi yang diekstrak daripada daun renek Amerika Selatan yang dikenali secara saintifik sebagai Stevia rebaudiana.
.
Ia mengandungi sifar kalori dan tidak mempunyai kaitan dengan berat badan
Malah, kajian manusia menunjukkan bahawa stevia tidak dikaitkan dengan sebarang kesan buruk kesihatan
.
👍🏻Bukan sahaja stevia dianggap selamat, ia juga dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan.

👍🏻Beberapa kajian menunjukkan bahawa stevioside, yang merupakan salah satu sebatian manis dalam stevia, boleh menurunkan tekanan darah tinggi sebanyak 6-14%
.
👍🏻Ia juga telah ditunjukkan boleh membantu menurunkan kadar gula darah, yang boleh membantu memerangi diabetes
.
Perlu diingat bahawa dua sebatian manis berbeza yang diekstrak dari tumbuhan stevia - stevioside dan rebaudioside A - mempunyai rasa yang sedikit berbeza.

Ianya terdapat dalam bentuk serbuk atau cecair. Produk yang diberi label "stevia" mungkin mengandungi sama ada atau kedua-dua sebatian ini dalam jumlah yang berbeza-beza.
.
Itulah sebabnya beberapa jenis rasa lebih baik daripada yang lain, dan mungkin perlu cuba beberapa kali untuk mencari yang sesuai dengan selera anda.
.
Antara yang terdapat di pasaran
✅Equal stevia
-dalam bentuk sachet dan jar
-satu sachet bersamaan 1 sudu besar gula

✅Sweet royale stevia sweetener
-dalam bentuk sachet
-penggunaan yang berlebihan akan mnyebabkan kesan laksatif
✅Sweet Royale Stevia with Brown Sugar
✅Sweet Royale Stevia with White sugar

✅Eversweet
-tiada kandungan aspartame, saccharin & sucralose
-sesuai untuk minuman, masakan, dan pembuatan kuih,.
-stabil haba. Sesuai untuk masakan berpanjangan pada suhu ketuhar.

✅Eversweet The sugar Free 3 in 1 White Coffee
-lebih rasa kopi

✅HS stevia natural drops
Cara penggunaan:
-tambah 1-2 titis HS Stevia Natural Drop ke dalam minuman.

✅Organic Stevia Leaf Powder
-tiada pewarna
-bukan GMO




👍🏻Stevia adalah 100% semulajadi, mengandungi kalori sifar dan tidak mempunyai kesan kesihatan yang buruk.

☘Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts