BAHAYA ke kalau kadar degupan jantung perlahan?πŸ’“

Kadar degupan jantung anda adalah bilangan rentak (kontraksi berirama) selama seminit jantung anda. Jantung anda adalah organ otot, terletak di dada, di belakang dan di sebelah kiri tulang dada yang mengekalkan peredaran darah. Kadar degupan jantung adalah ukuran aktiviti jantung.

πŸ–"Aku ni demam, bukan sakit jantung"πŸ™„

Kadar degupan jantung adalah salah satu tanda penting seperti suhu badan🌑, kadar pernafasan, dan tekanan darah yang boleh memberi maklumat tentang keadaan kesihatan seseorang. Apa-apa kelainan tanda-tanda ini boleh jadi petunjuk diagnostik.

Jadi lepas ni, jangan marah doktor periksa kadar degupan jantung bila anda sedang menerima rawatan untuk beberapa jenis penyakit πŸ˜‰

πŸ–Kadar degupan jantung tu berapa yang dikira lambat? πŸ€”

Kadar degupan yang perlahan dianggap lebih lambat daripada 50 degupam seminit untuk orang dewasa atau kanak-kanak dalam keadaan berehat.

Umur pakcik 50, sepatutnya berapa yang dikira normalπŸ€”

   ☑️ dewasa :60 hingga 100 denyutan seminit.
   ☑️Atlet atau orang yang mengambil ubatan tertentu mungkin mempunyai kadar normal yang lebih rendah.
   ☑️kanak-kanak berusia 1 hingga 12 tahun:  80 hingga 110 denyutan seminit.
   ☑️bayi berumur 1 hingga 12 bulan :100 hingga 160 degupan seminit.


πŸ–Boleh ka nak periksa sendiri kadar degupan jantung 😌?

Anda boleh memeriksa kadar degupan jantung anda sendiri. Pertama, dapatkan kadar degupan jantung anda dengan meletakkan jari ke arteri radial di pergelangan tangan. Kemudian, kira bilangan denyutan seminit semasa anda sedang berehat⌚

πŸ–Masih okay ke kalau degupan jantung rendah πŸ€”?

Kadar denyutan anda perlu kuat dan teratur. Sekiranya ia berdegup lebih perlahan daripada kadar biasa, ia mungkin menunjukkan masalah perubatan seperti pengsan, pening, tidak sedarkan diri, lemah, mahupun keletihan.

πŸ–Semua yang ada degupan jantung perlahan ada masalah kesihatan kaπŸ€”?

Dalam sesetengah kes, kadar denyutan jantung perlahan merupakan petunjuk jantung yang sangat sihat. ⛷️🏌‍♂️Atlet, misalnya, selalu lebih rendah daripada kadar jantung yang normal kerana jantungnya kuat dan tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Jika anda bukan seorang atletπŸ’ͺ, sila ambil kisah jika jantung anda berdegup perlahan πŸ€“

πŸ–Penilaian perubatan lengkap diperlukan untuk menentukan punca kadar denyutan jantung perlahan.

Sebagai contoh Elektrokardiogram (EKG atau ECG), ujian makmal, dan lain-lain kajian diagnostik boleh dilakukan.

πŸ–Punca-punca perubatan menyebabkan kadar denyutan yang perlahan:

    πŸ‘‰anoreksia nervosa
    πŸ‘‰dysreflexia autonomi
    πŸ‘‰neuropati autonomi
    πŸ‘‰serangan jantung
    πŸ‘‰kalium tinggi
    πŸ‘‰pendarahan intracerebral
    πŸ‘‰sengatan haiwan laut atau gigitanπŸ¦‚
    πŸ‘‰kesan sampingan ubatπŸ’Š
    πŸ‘‰strok
    πŸ‘‰hipotermia
    πŸ‘‰hipotiroidisme
  
Dalam keadaan tertentu, kadar denyutan yang perlahan boleh menunjukkan kecemasan. Gejala berikut boleh menjadi serius:

    ⚠️pening
    ⚠️tidak sedarkan diri
    ⚠️sakit dada
    ⚠️kekeliruan
    ⚠️pengsan
    ⚠️sesak nafas
    ⚠️keadaan lemah
    ⚠️sakit kepala yang teruk
    ⚠️perubahan visual
    ⚠️sakit perut
    ⚠️pucat (kulit pucat)
    ⚠️sianosis (warna kulit kebiruan)

πŸš‘Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mempunyai tanda-tanda diatas⤴️.

JANGAN AMBIL MUDAH APABILA DEGUP JANTUNG ANDA PERLAHAN

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

☎Sebarang pertanyaan ?http://www.wasap.my/601116776799

Comments

  1. Oh sayq pernah kena dengupan jantung cepat tpi ada kaitan dengan darah rendah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade buat pemeriksaan tekanan darah dah ke masa terasa degupan cepat?? seeloknya cek juga jika byk kali berlaku

      Delete
  2. Bacaan degupan jantung saya cuma 30 perminit..adakah bacaan itu sesuai dgn umor saya yg 50 thn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun berumor 50..degupan janting sy sekitar 35-60 perminit...adakah bacaan itu jormal atau sebalik nya

      Delete
  3. Kalau usia saya 38 degupan nadi saya 60 ke 67 seminit.. Normal ka

    ReplyDelete
  4. Kalau umur saya 27, saya ada ambil ubat propranolol. Sehari sekali. Sebelum tidur makan ubat.. pkoi 8 saya check tekanan djantung 56 perminit. Selepas makan ubat tak tahu jd berapa. Adakah bahaya jika rendah cik??

    ReplyDelete
  5. Saya berumur 11 tahun dan degupan jantung saya dalam masa seminit ialah 117.adakah ianya merbahaya kepada diri saya?

    ReplyDelete
  6. Sy merupakan pesakit jantung..normal ke degupan jantung 55 dlm seminit,?

    ReplyDelete
  7. Saya berumor 62 tahun.Degupan wanting saya 50 ke 58

    ReplyDelete
  8. Saya sering rasa degupan jantung saya TDK stabil,saya pergi periksa dekat farmasi,tercatit 36 seminit.Umur saya 64 tahun.Adakah ia normal?.

    ReplyDelete
  9. Saya berumur 41 tahun sebulan lepas membuat cek up dan di dapati saya mengidap kencing manis dan darah tinggi..setelah memakan obat darah tinggi dan kencing manis ternyata lambung saya tidak kuat .. lepas tu saya buat cek up dan lambung sudah ok..dan sehari lepas saya buat pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi..semua ok tapi agak sikit tinggi lah ..tapi di dapati degupan jantung saya lemah 50 saja .apa itu sangat berbahaya dan apa yg saya harus lakukan ???

    ReplyDelete
  10. Umur 50. Dekupan jantung 57 ada kah normal

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Saya 3 Hari lepas Bru buat ECG sbb kiraan jantung sye hanya 30 ke 40 sahaja... Graf menunjukkan Kurang normal... Apa yang Perlu saya lakukan sementara menunggu appointment 25 okt 2021 die hptl pakar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts