KURAP ASYIK JADI BALIK🤨?

Ada juga kes sebegini yang kami terima di farmasi. Dan kebanyakannya tidak berpuas hati dengan rawatan yang digunakan sebelum ini lalu terus meminta ubat yang "KUAT"

Untuk pengetahuan anda, jangkitan kulat ini bukan hanya boleh hilang dalam sekelip mata. Rawatannya perlulah betul dan mengambil masa agak lama untuk betul-betul hilang.

Apa itu kurap🤔?

Jangkitan kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.

Ada 3 jenis dermatophyte yang dikenal pasti menyebabkan kurap
1. Trichophyton
2. Microsporum
3. Epidermophyton.

kulat ini juga boleh menjangkiti  kuku dan rambut selain kulit.

🤷‍♂Saya selalu berpakaian👕 bersih dan kerap mandi🚿, macam mana saya boleh dapat kurap?

Jangkitan boleh berlaku melalui:
1⃣sentuhan (manusia atau haiwan yang berkurap (kucing atau anjing) atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites).

2⃣Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

3⃣Keadaan kulit yang sentiasa lembap  (pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas)

🤷‍♂Krim antikulat tu saya pakai masa gatal sahaja. Boleh ka🤔?

👉Selalunya untuk kawasan kulit yang terkena jangkitan adalah terhad, ubat dalam bentuk krim adalah sesuai digunakan.
1⃣topikal azole:(econazole,ketoconazole, clotrimazole,miconazole dan sertaconazole)
2⃣allylamines: (terbinafine)
-penggunaan 2 kali sehari selama 2 minggu, jadi penggunaan krim semasa gatal sahaja adalah tidak tepat.



Tidak gatal, tidak bermakna jangkitan kulat telahpun sembuh sepenuhnya

👉Manakala untuk kawasan kulit yang terkena jangkitan kurap yang banyak, ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil adalah pilihan yang sesuai

1⃣Griseofulvin
2⃣Systematic azole; (fluconazole,itraconazole, ketokonazole)
3⃣Terbinafine






Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubat lain dan boleh menyebabkan ‘hepatitis’ terutamanya pada sesetengah individu.

Oleh itu, pastikan ubat-ubat ini diperoleh dengan PRESKRIPSI dari doktor

Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli ubat-ubatan TANPA preskripsi terutamanya jika anda juga mengambil ubat-ubat yang lain.

✍️Antara krim ANTI-KULAT OTC yang terdapat dipasaran dan anda boleh dapatkan secara atas talian

1⃣Dermoplex Antifungal Cream
Bahan aktif: Tolnaftate
Cara pengunaan: 2 hingga 3 kali sehari selama 2 hingga 3 minggu

2⃣Ubat kurap tolnaftate
Bahan aktif:Tolnaftate
Cara penggunaan: 2 hingga 3 kali sehari

3⃣Cap kaki tiga Anti fungal spray Tinea-Kare
Bahan aktif: Clotrimazole
Cara penggunaan: 2 kali sehari untuk 3 hingga 4 minggu

4⃣Cap kaki tiga Ubat Kurap Tinea Skin Solution
Bahan aktif:Salacylic acid dan benzoic acid
Cara penggunaan: 2 hingga 3 kali sehari


♦Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin
http://www.wasap.my/601116776799
🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts