Selalu berada di dalam kenderaan terlalu lama🤔? Mungkin anda berisiko tinggi terkena Thrombosis Vena Dalam (DVT)



🤨DVT tu apa ?

DVT adalah masalah darah beku dalam mana-mana urat (saluran darah vena) dalam biasanya di betis. Masalah ini selalu dikaitkan dengan perjalanan udara.

🤔Saya yang tak rasa sakit ni boleh kena juga ka ?

Sudah tentu anda juga berisiko sekiranya anda selalu melakukan perjalanan jauh dengan kereta, bas atau keretapi.

🙋‍♂Jom check apa lagi risiko lain?

    🚷Pergerakan yang terhad untuk tempoh yang lama.
    ⚠️Mempunyai sejarah atau sejarah keluarga dengan darah beku
    ♿Menghidap kanser atau baru menjalani rawatan kanser
    🤕Baru menjalani pembedahan atau mendapat kecederaan (dalam tempoh 3 bulan)
    🤷‍♂Obes (BMI melebihi 30)
    💊Mengambil rawatan gantian hormon atau kontraseptif mengandungi estrogen
    💧Vena varikos
    🤰Hamil atau dalam tempoh post-partum (6 minggu selepas bersalin)
    ⚠️Mempunyai sejarah masalah jantung
    💦Dehidrasi (kekurangan air)
    👴Berumur (risiko meningkat selepas umur 40 tahun)
    🚬Merokok

🤷‍♀Macam mana ni ? Saya macam berisiko 🤨

Jangan risau, cuba perhatikan dahulu tanda-tanda atau gejala pada diri

1⃣bengkak di kaki (terutamanya di bahagian betis) atau lengan,
2⃣rasa sakit atau lenguh dan kaku
3⃣kulit yang kemerahan dan panas apabila disentuh.

🚨Jika anda mempunyai mana-mana tanda dan gejala ini, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

🤔Apa jadi kalau saya biarkan sahaja tanda atau gejala di atas?

👉Kadang-kadang darah beku yang pecah boleh merebak ke paru-paru dan kemudiannya menjejaskan keupayaan paru-paru (embolisme pulmonari /pulmonary embolism)

👉Selepas itu anda mula rasa sakit dada, sesak nafas, degupan jantung yang cepat dan tidak teratur, batuk berdarah, pening atau pengsan dan, dalam kes yang teruk, kematian secara tiba-tiba.

🛑Lagi sekali, jika anda mempunyai mana-mana tanda dan gejala ini, TOLONG dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

🤔Ada tak cara nak cegah sebelum terkena?

    🙆‍♀Bersenam atau bergerak dengan kerap misalnya setiap 2-3 jam apabila melakukan perjalanan dalam tempoh yang panjang.
      
   🌀Lakukan senaman isometrik semasa duduk. Gerakkan hujung kaki ke bawah, genggam jari dan tahan selama tiga saat dan ulang sebanyak 10 kali setiap sesi. Lakukan setiap setengah jam.

   🚗Lakukan senaman kaki apabila berkesempatan. Latihan otot betis dengan meluruskan kaki dan memusingkan buku lali dan menarik jari kaki ke arah anda.

  👕Pakai pakaian yang longgar dan selesa jika melakukan penerbangan dalam tempoh masa yang panjang.

  💼Jangan letakkan bagasi tangan di tempat yang boleh menyekat pergerakan kaki.

🍹Minum air dan jus buah-buahan secukupnya semasa melakukan penerbangan yang lama.

 🍺Elakkan meminum alkohol, teh dan kopi semasa penerbangan. Minuman seperti ini menyebabkan dehidrasi.

 🧦Pakai stokin di bawah lutut atau compression stoking yang sesuai dengan saiz kaki anda.

1⃣Actifeet Health Socks

📍mampatan tekanan 14mmHg di buku lali
📍peredaran udara yang lebih baik
📍Kain nano-silver membuat stoking 
📍Anti-Bakteria
📍Anti-gatal
📍Anti-bau
📍regulisasi haba
📍pengurusan kelembapan
👉basuhan tangan sahaja dalam air suam
👉jangan gunakan peluntur atau pencuci
👉gosok menggunakan suhu yang rendah

2⃣Ammeda medi-sock
📍deperbuat dari bahan elastik
📍mampatan tekanan yang baik 15-20mmHg
📍jahitan yang tidak menyebabkan kegatalan
📍terdapat dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian anda
📍paras atas lutut
👉basuhan tangan sahaja dalam air suam
👉jangan gunakan peluntur atau pencuci

♦Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts