Ubat masuk punggung PCM atau VOREN ? Yang mana berkesan🤔 ?




Ada yang datang ke farmasi minta ubat masuk punggung untuk anaknya.

👉Kami tanyakan semula "untuk sakit apa gunakan ubat masuk punggung ?"

👉Jawapannya " ada orang kirimkan jadi tidak pasti untuk sakit apa"

Untuk pengetahuan umum, ubat masuk punggung atau juga dikenali sebagai Suppository (supp) mempunyai banyak kegunaan seperti penahan sakit, demam, sembelit dan juga buasir

Jadi, sebelum ke farmasi pastikan dahulu betul-betul ubat yang hendak dibeli untuk tujuan apa, kepada siapa, dan banyak mana


Berbalik kepada topik kita iaitu ubat masuk punggung, kebiasaanya berbentuk kecil dan seperti peluru. Dimasukkan melalui punggung pesakit melalui anus atau lubang dubur dan akan mencair disebabkan oleh suhu badan didalam rectum. Seterusnya akan diserap ke dalam darah.

Antara jenis supp yang kerap digunakan oleh ibu bapa dan dibeli di farmasi ialah
➡️Paracetamol PCM 125mg dan 250mg
➡️Diclofenac Sodium (Voren) 12.5mg dan 25mg

🤓Bila boleh guna supp ?

👉anak tidak boleh telan syrup atau tablet
👉tidak boleh makan  kerana selalu muntah-muntah

🤓Yang mana satu lebih berkesan?

Jawapannya kedua-dua supp ini berkesan merawat demam terutamanya. Namun mengikut kajian supp voren lebih efektif menurunkan suhu berbanding supp PCM dalam masa 1 JAM

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4753024/

🤓Berapa dos nak bagi ?

➡️Supp PCM

Dos perlu diberi mengikut berat 15mg/kg  sebagai contoh:

đź‘Ł1-2 tahun  – 1 supositori (125mg )
đź‘Ł2-6 tahun - 1 hingga 2 (125mg supositori)
đź‘Ł6-12 tahun – 1 hingga 2 (250mg supositori)
Setiap 4-6 jam sekali

⛔Namun jika terlebih dos ia boleh menyebabkan masalah hati. Jadi dapatkan nasihat dari doktor atau pegawai farmasi dahulu sebelum memberikan sebarang ubat
⛔Supp PCM tidak boleh diberikan pada kanak-kanak  bawah 6 bulan( sila jumpa doktor untuk 6 bulan kebawah)
⛔ Jika anak masih demam lebih dari 3 hari atau sakit lebih dari 5 hari, sila jumpa doktor segera

➡️Supp voren

Perlu diberikan mengikut berat
0.5mg-2mg/kg dalam 2 hingga 3 dos berlainan

Anda boleh rujuk doktor atau farmasi untuk dos yang lebih tepat

⛔Jangan beri supp voren pada anak bawah 1 tahun atau mempunyai alahan pada diclofenac sodium.
⛔Jangan bagi pada yang alah pada diclofenac sodium
⛔Jangan bagi pada yang pernah mengalami keradangan di rectum ataupun anus
⛔Jangan bagi pada yang mempunyai ulser perut  dan gastik

🤓Bila boleh guna supp voren?

✔️Apabila suhu melebihi 39•c selepas 1 hingga 2 jam menggunakan paracetamol
✔️Allergik pada PCM
✔️Sudah memastikan demam bukan disebabkan demam denggi

⚠️NOTA PENTING

⛔Supp voren tidak boleh diberikan kepada kanak- kanak yang mempunyai masalah pendarahan atau DEMAM  DENGGI
⛔Jangan bagi supp voren dan PCM serentak
✔️Supp PCM lebih selamat berbanding supp voren kerana tiada risiko pendarahan


🤓Apa cara betul masukkan ubat suppository?

1⃣Baring secara mengiring
2⃣Naikkan sebelah kaki yang berada di atas ke arah dada
3⃣Gunakan pelincir seperti minyak atau vaseline untuk lembutkan ubat
4⃣Masukkan ke dalam punggung secara perlahan
5⃣Baring seketika dalam 10minit supaya ubat dapat diserap dengan baik

👉Supp yang kedua boleh dimasukkan terus selepas supp yang pertama jika perlu

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin
☎sebarang pertanyaan?
http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts