Makan makanan laut terus naik gatal-gatal 😭




Alahan makanan ni kebiasaan disebabkaan oleh sistem pertahanan badan kita bertindak balas dengan makanan atau minuman yang kita ambil

✅Apa boleh berlaku jika alahan makanan?🤔

Alahan pada makanan boleh memberi kesan kepada tubuh kita sebagai contoh kulit, saluran esofagus( saluran makanan), pernafasan dan jantung kita.

Setiap individu lain-lain alahannya. kadang- kadang maknya alah kepada makanan laut tetapi makciknya pula alah kepada ayam      .

✅Makanan apa yang sering kali boleh menyebabkan alahan?

1⃣susu lembu
2⃣telur
3⃣kacang tanah
4⃣ikan
5⃣makanan laut nipah kerang cashew atau walnat
6⃣gandum
7⃣soya
8⃣pewarna dan perasa

Tanda-tanda alahan terbahagi kepada 2 iaitu ringan dan teruk. Alahan mungkin datang tiba-tiba atau selepas beberapa jam.

Alahan makanan boleh menjadi sangat berbahaya dan mengancam nyawa, terutama jika pernafasan terjejas.

✅Tanda-tanda ringan yang berkaitan dengan alahan makanan mungkin termasuk:  
 
👉bersin    
👉hidung tersumbat atau berair
👉gatal
👉mata berair    
👉bengkak   
👉ruam    
👉kejang perut    
👉cirit-birit

✅Gejala tindak balas alahan yang teruk (dipanggil anafilaksis) kepada makanan adalah:
   
⛔kesukaran bernafas
⛔bengkak bibir, lidah, atau tekak   
⛔gatal-gatal (gatal, licin, dan membesar)     ⛔pening atau pengsan    
⛔mual atau muntah

Gejala ringan seperti bersin, hidung tersumbat, berair boleh dirawat dengan mengambil ubat seperti loratadine, cetirizine
*SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR DAN FARMASI

🌀Alahan susu

✅Alergi susu adalah tindak balas kepada whey atau kasein, protein yang terdapat pada susu lembu. TAK SAMA tau dengan intoleransi laktosa (lactose intolerance)

✅Kanak-kanak yang mempunyai alahan susu lebih berkemungkinan besar akan mengalami reaksi alahan terhadap makanan lain, termasuk telur, kacang soya, dan kacang tanah.

✅Kebanyakan kanak-kanak dengan alergi susu juga mengalami satu atau lebih penyakit atopik lain, seperti asma, rhinitis alergi, atau ekzema.

🌀Alahan kacang

✅Alahan kacang biasanya merupakan gangguan sepanjang hayat. Kerana ini, alahan kacang sangat serius.

✅Pendedahan tidak sengaja boleh berlaku pada bila-bila masa semasa

✅Walaupun jarang berlaku, alahan kacang boleh mengakibatkan anafilaksis (menyekat pernafasan atau menyebabkan serangan jantung).

✅Anafilaksis memerlukan perhatian perubatan segera dalam bentuk suntikan epinefrin (EpiPen). Anda perlu perhatikan selama beberapa jam selepas suntikan untuk memastikan gejala tidak kembali.

JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎

♦Waktu operasi Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

  1. macam mana cara nak hilangkan bengkak lepas kesan alergi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts