Adakah semua parut itu keloid?

PARUT BIASA VS PARUT KELOID

Adakah semua parut itu keloid?
.
.

Ini adalah persoalan yang selalu menjadi tanda tanya orang ramai mengenai parut di tubuh badan mereka.

Jom kita kenali perbezaan parut keloid dan parut biasa!

Parut adalah hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang normal selepas kecederaan baharu akibat :

• Trauma ( apabila kulit seringkali terluka dan meninggalkan parut di tempat yang sama)

• Jangkitan ( apabila luka yang terjadi tidak dapat sembuh sepenuhnya akibat rawatan luka yang tidak betul)

• Pembedahan
Proses tisu yang normal digantikan dengan tisu penghubung dipanggil fibrosis untuk mengisi luka agar ia bercantum.

Parut yang terbentuk pula akan pudar mengikut masa. Ini yang dipanggil sebagai parut matang.
Hal ini berbeza pula dengan parut keloid.

Ciri ciri parut keloid yang anda perlu tahu ialah :

• Terhasil akibat kecederaan kulit akibat luka, tatu, tindikkan, jerawat, calar dan juga suntikan.

• Terbentuk apabila kolagen dengan kandungan yang tinggi dihasilkan oleh badan.

• Ia juga MEMBESAR DARIPADA LUKA ASAL. Contohnya seperti suntikan BCG.

• Ia juga kelihatan seperti gelembung yang merah kemerahan atau hitam, gatal dan agak sakit apabila disentuh.

• Ia juga dipengaruhi oleh faktor genetik.

• IA JUGA MAMPU BERULANG KALI MUNCUL WALAUPUN SELEPAS MENERIMA RAWATAN.

Sekiranya anda mempunyai parut jenis keloid, jangan khuatir. Ini adalah langkah yang perlu diambil oleh anda :

• Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

• Elakkan daripada membuat tatu, menindik badan, atau menjalani proses “pengubahsuaian” tubuh badan.

• Elakkan parut tersebut daripada terkena cahaya matahari agar parut tersebut tidak muncul kehitaman.
Antara rawatan yang berkesan bagi menghapuskan keloid adalah :

• Teknik laser

• Pembedahan bagi membuang keloid

• Teknik compression dimana parut keloid akan dirawat menggunakan tekanan pada masa yang lama dimana ia dapat menipiskan kulit .

• Teknik suntikan corticosteroid untuk mengurangkan parut keloid dengan mengurangkan penghasilan kolagen yang berlebihan dalam badan

Parut keloid boleh dielakkan dengan menjalani rawatan yang betul untuk pembersihan luka. Sayangi kulit anda 

Comments

Popular Posts