TANDA-TANDA BAYI DAH MULA TUMBUH GIGI (KENAPA BAYI SUKA MENGGIGIT?)

PART SERAM MAK-MAK BILA ANAK DAH SUKA MENGGIGIT NAK2 MASA MENYUSU BADAN - siaplah menjerit maknya


So kenapa anak dah suka mengigit ya?

Teething/tumbuh gigi @sakit gusi/gigi
Keadaan ini selalu dialami oleh bayi yang baru sahaja nak tumbuh GIGI. Bayi mula tumbuh gigi ketika berusia antara 6 dan 12 bulan. Pada masa kanak-kanak berusia 3 tahun, mereka sepatutnya mempunyai 20 gigi.
Pertumbuhan gigi bermaksud anak anda dalam proses persediaan untuk terima makanan yang lebih kasar sedikit👏.

👀Boleh nampak ka tanda-tanda bayi nak tumbuh gigi?

Setiap bayi mempunyai campuran simptom yang unik semasa tumbuh gigi. Gejala yang paling biasa adalah kerengsaan ringan dan kekurangan selera makan.
Sesetengah bayi akan menunjukkan sekurang-kurangnya satu atau dua gejala berikut apabila mereka mula tumbuh gigi:
✔️air liur meleleh
✔️mengunyah benda pepejal
✔️moody
✔️tidur terganggu
✔️kuat menangis
✔️hilang selera makan
✔️gusi sakit dan terasa lembut
✔️gusi merah dan bengkak


Ada cara nak bagi lega sikit rasa tak selesa bayi?🤔

1⃣Anda boleh cuba menggosok gusi anak anda dengan kain lap yang lembap, jari yang bersih, atau pad jari gosok khas.
2⃣Teether juga pilihan yang popular. Bayi boleh mengunyah ini untuk mengurangkan ketidakselesaan. Jika boleh, letakkan teether gigi di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Ini memberi tekanan pada gusi bersama dengan kesejukan yang menenangkan.
⚠️membekukan teether memberi kesan bahaya kerana ia boleh pecah dan mungkin menyebabkan bayi anda tercekik.
3⃣Di samping itu, anda perlu mula memperkenalkan makanan yang lebih keras, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sejuk, kepada diet bayi anda. Ini dapat mengurangkan rasa tidak selesa.
⚠️Pastikan anda sentiasa bersama kanak-kanak sepanjang masa supaya anda boleh memantau mengunyah dan mengelakkan tercekik.
4⃣Anda juga boleh menggunakan gel seperti
🎈ORREGEL relief for teething discomfort
🎗Perisa: blackcurrent
🎗Bahan aktif:
Choline salicylate- anti keradangan
Cetylpyridinium chloride- pembasmi kuman
🎗Cara guna: bersihkan bendasing di kawasan gusi. Gunakan jari bersih, urut perlahan sedikit gel di kawasan yang sakit
⚠️Guna TIDAK lebih dari SEKALI dalam 3JAM
MAX 6X sehari
🎈DENTINOX
🎗Bahan aktif:
Lidocaine hydrochloride- anestatik
Cetylpyridinium chloride- pembasmi kuman
🎗Cara guna: letak sedik gel pada jari bersih atau putik kapas. Sapu lembut pada gusi bayi
⚠️Ulang selepas 20min jika perlu.
Sakit untuk tumbuh gigi ini adalah perkara biasa. Namun jika kelihatan sakitnya sangat teruk anda boleh dapatkan nasihat atau ubatan yang sesuai dari doktor atau farmasi
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣Chini (depan Petronas Bandar Chini).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

Comments

Popular Posts