Siapa kata produk kosmetik takde tarikh luput??? OMG!! Korang kena baca ni tau!

RILEKS LAH, PRODUK KOSMETIK JE PUN.. BUKANNYA PRODUK MAKANAN.. PAKAI SAMPAI LEBAM SEBAB TAKDE EXPIRY DATE!


Eh eh.... Siapa kata tu..🤔 Tahukah anda produk kosmetik dan produk penjagaan diri mempunyai tarikh luput tersendiri 🤯!

TIPS UNTUK KETAHUI TARIKH LUPUT PRODUK KOSMETIK & PENJAGAAN DIRI _ Marmin

⚠️ Setiap produk ditulis label tarikh luput dan tarikh dikilangkan sama ada pada kotak pembungkusan, bahagian atas produk mahupun bahagian bawah produk. Setiap produk adalah berbeza cara tulisnya.

⚠️ Namun begitu, terdapat juga sebahagian kecil produk yang hanya ada TARIKH DIKILANGKAN SAHAJA. Jeng jeng jeng! 🤯

⚠️ Tarikh luput adalah penting kerana apabila ia menjangkau lebih dari tarikh dinyatakan, produk tersebut mungkin tidak lagi selamat digunakan atas faktor perubahan tekstur, terdedah kepada patogen yang ada dalam udara seperti kulat, bakteria dan juga berubah dari segi warna, bau dan sebagainya. 

Sebab tu anda kena baca posting ni, sebelum anda gelap mata dan serbu premis kosmetik bila "SALES" terpampang depan mata!


🚫 Macam mana nak tahu tarikh produk tu dibuat ye Marmin 🤔

💯 Anda perlu rujuk tarikh dikilangkan atau MANUFACTURING DATE. Ia didatangkan sekali bersama no batch produk tersebut.

🚫 Saya beli produk kosmetik, eh tetiba saya perasan.. Kenapa takde tarikh luput ye Marmin 🤔

💯 Menurut European Union (EU) Law, pengilang hanya PERLU meletakkan tarikh luput sekiranya produk kosmetik tersebut mempunyai jangka hayat KURANG daripada 30 bulan! 
   

 


🚫 Habistu macam mana nak tahu Marmin produk saya ni jangka hayat sampai bila, sebab saya guna sampai habis🤔

💯 Rata-rata produk seperti sunblock boleh tahan sehingga 3 tahun selepas dikilangkan. Mascara pula boleh bertahan 3-5 tahun lamanya. 
🚫 Ada cara lagi tak Marmin untuk kita tahu produk kita sesuai digunakan sampai bila🤔
 
💯 Ada. Anda boleh semak label, jika anda dapati terdapat sticker berbentuk bekas dan ditulis no serta M. Contoh : 6M. Itu bermaksud produk anda selamat digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas ia DIBUKA walaupun tarikh luputnya lambat lagi. 
 

Penting untuk kita tahu tentang produk dan tempoh selamat digunakan. Jangan guna sampai lebam! 
 
Even selipar pun sebenarnya ada jangka hayat tersendiri sebelum ia kehilangan tekstur dan sebagainya. 
 
Haa.. Ini juga boleh menjadi punca kenapa wajah anda seringkali naik jerawat dan bertempek sampai ke hari tua anda tau! Cuba cek balik bila tarikh luput dan tarikh dikilangkan produk kosmetik anda.

Usah biarkan punca jerawat anda menjadi misteri!
 
Sekian dari Marmin. 😉 Selamat membaca dan share ya! 

💯 Dapatkan info-info kesihatan, kecantikan dan pelbagai barangan kemudahan anda di Marmin Healthcare. 

📳Boleh hubungi kami melalui whatsapp melalui link tertera :
 
 https://marminhealthcarews.wasap.my/


🛍 Ikuti kami di aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan secara online di :

 http://bit.ly/SHOPEEmarminhealthcare
Jangan lupa like dan follow page & Instagram kami ya 🤗

FB: http://bit.ly/FBPAGEmarminhealthcare

 IG: http://bit.ly/IGmarminhealthcare

🗺️ Kunjungi kami di Farmasi Marmin Peramu :

http://bit.ly/PETAmarminhealthcare

Marmin Healthcare.

*Sihat. Cantik. Mudah*

Comments

Popular Posts