Gel ulcer popular BONJELA. Anda TAHU CARA DAN SIAPA yang BOLEH GUNA😬 ?

Baru-baru ini dapat satu berita tentang seorang bayi hampir maut disebabkan terlebih dos BONJELA TEETHING GEL.

Bukan kandungan dalam gel tersebut yang tidak selamat tapi cara penggunaannya yang tidak tepat.
Jadi berita seperti ini tidak sepatutnya terjadi lagi dengan cara, rujuk segala jenis ubatan anda kepada farmasi atau doktor.

Nak lebih mudah lagi rajinkan diri membaca maklumat tentang ubat yang anda beli. Bukan saja-saja pengeluar membekalkan maklumat ubat kepada pelanggan dalam setiap bungkusan. jangan BUANG sahaja ya😅

Gel Bonjela dewasa sangat tidak sesuai pada bayi.

⚠️Maklumat penting gel Bonjela Dewasa
✔️ulser:
Gosokkan 1/2 inci bonjela pada bahagian sakit. Ulang jika sakit tidak kurang dari 3 jam
✔️ketidak selesaan gigi palsu:
Urut 1cm bonjela pada bahagian yang sakit. Tunggu sehingga 30min sebelum meletakkan gigi palsu.

Tidak boleh digunakan pada kanak-kanak dan remaja di bawah umur 16 tahun. Ini kerana terdapat kemungkinan hubungan antara salisilat (Aspirin) dan Sindrom Reye apabila diberikan kepada kanak-kanak.
🐾Sindrom Reye adalah penyakit yang sangat jarang berlaku yang mempengaruhi otak dan hati dan boleh membawa maut.

Tidak boleh digunakan pada pesakit yang mengalami ulser peptik aktif.

Tidak boleh digunakan pada pesakit dengan hipersensitiviti kepada salicylates, Acetylsalicylic Acid (Aspirin) atau NSAID lain, atau kepada mana-mana eksipien.
🐾Nak lebih selamat anda boleh gunakan paracetamol untuk bayi yang sakit tumbuh gigi. *mengikut dose yang betul

🎈Ada juga pilihan teething gel yang lain untuk anak- anak.* Boleh rujuk posting ini https://www.facebook.com/799580956783885/posts/2948973698511256/
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

Comments

Popular Posts