APA PUNCA SAKIT TUMIT NI? ADA MASALAH PERANAKAN KE?

Perasan tak, semakin meningkat usia semakin kerap kita sakit tumit. Kadang-kadang bangun tidur, pijak lantai terus sakit tumit. Kalau cuaca sejuk pun boleh diserang sakit tumit.

Jom kami kongsikan antara punca sakit tumit bagi wanita.

1⃣ Lebih berat badan

Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tumit anda terpaksa bekerja dengan lebih keras daripada yang sepatutnya

2⃣Selalu memakai kasut yang tidak sesuai dengan anda 

Contoh: tumit tinggi, tapak rata, tiada penyerapan hentakan.
Penggunaan kasut yang tidak sesuai juga mnyebabkan anda lama kelamaan mengalami sakit tumit

3⃣Radang pada tumit

Keradangan pada tisu penghubung yang dipanggil plantar fasciitis.

4⃣Pertumbuhan tulang yang tidak normal pada tumit disebabkan oleh:

Cara berjalan yang tidak sesuai
Membongkok kaki ke dalam semasa berjalan
Memakai kasut yang tidak sesuai sama ada terlalu ketat, bertumit tinggi atau terlalu rata.

5⃣ Arthritis

Adakalanya penyakit seperti arthritis rheumatoid juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita.
Belum ada lagi kajian yang membuktikan sakit tumit sangat berkaitan dengan masalah peranakan. Jika ada ianya mungkin kebetulan buat masa sekarang

🤔Macam mana saya nak kurangkan masalah sakit tumit ni?

✔️Letakkan ais selama 15 hingga 20 minit, tiga atau empat kali sehari untuk mengurangkan bengkak.

✔️Anda juga boleh cuba mengurangkan atau mengubah aktiviti senaman anda.

✔️Menggunakan sokongan tumit dalam kasut anda dan melakukan senaman regangan juga boleh membantu melegakan kesakitan.

✔️ Jika terlamapau sakit, boleh dapatkan (NSAIDS) seperti ibuprofen dan naproxen seperti Safrosyn, Synflex dan Sunprox, selalunya mengurangkan keradangan dalam ligamen.
*dapatkan atas nasihat doktor atau farmasi

JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini ðŸ˜Ž
Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣Chini (depan Petronas Bandar Chini).
Sebarang urusan boleh klik di sini linktr.ee/farmasi.marmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

Comments

Popular Posts