APA SEBAB JADI KERAP KENCING? ADA KENCING MANIS KE?

"Baru je kencing tadi, tiba-tiba rasa nak terkencing lagi. Ada problem ke pundi kecing ni?"🤔

Kebiasaanya, kita akan buang air kecil lebih kurang empat hingga ke lapan kali dalam sehari, melainkan kalau dalam sehari tu minum banyak air.

Pernah jadi kencing kerap terutamanya waktu malam?

Kalau ya, anda mungkin ada masalah kesihatan and kena jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.
👀DIABETES

🤔Kenapa pesakit diabetes selalu kencing?
Sebab nak buang glukosa dalam badan.
Biasanya penyakit diabetes atau kencing manis selalunya dihidapi oleh golongan tua.

⚠️Tapi jangan lega sangat sebab ada juga kes dikalangan orang muda. So, kalau anda kerap kencing ini mungkin salah satu simptom awal diabetes.

✔️Selain kerap kencing, kebiasaannya akan ada juga simptom sangat haus dan dahaga. Jaga-jaga ya, terus buat pemeriksaan kesihatan untuk lebih kepastian

😮ANDA DAH DISAHKAN KENCING MANIS? APA NAK BUAT?

🤓Jangan risau, ianya masih boleh dikawal.

✔️Kawalan pemakanan yang baik, kerap melakukan aktiviti fizikal dan mengikut saranan doktor mampu mengelakkan penyakit kencing manis dari menyebabkan komplikasi yang lebih teruk lagi.

JOM SAMA-SAMA AMBIL BERAT KESIHATAN ANDA
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini ðŸ˜Ž
Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣Chini-depan Petronas Bandar Chini (9am-10pm).

Sebarang urusan boleh klik di sini linktr.ee/farmasi.marmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

Comments

Popular Posts