ADA UBAT KURUS DI FARMASI? BOLEH AMBIL SESUKA HATI KE ?



ORLISTAT UBAT KURUS 🤔? BOLEH AMBIL SESUKA HATI KE ?


🧕"adik nak ubat kurus yang viral tu boleh?"
🧕"kawan akak ada kata ambil ubat tu cepat sikit kurusnya. Takda masa nak bersenam ke nak jogging ke. Kerja 24 jam uolls"
Meh MARMIN nak kongsikan sikit fakta.
ORLISTAT atau XENICAL. Ubat ini khas untuk rawatan obesiti jangka masa panjang (maksima 2 tahun).

🤔Bila masa perlu orlistat ni sebenarnya?

Contoh Orlistat dari 2 jenis jenama yg berbeza

Orlistat diberikan apabila pesakit obes gagal menurunkan berat badan selepas 6 bulan mengamalkan diet sihat dan melakukan senaman.

🕊Rawatan menggunakan Orlistat adalah untuk pesakit obes dengan:

1⃣ Indeks Jisim Badan (BMI) antara 25 dan 27.5 kg/m2 serta mempunyai 2 antara penyakit/keadaan berikut:
✔️Penyakit diabetes (kencing manis)
✔️Penyakit jantung
✔️Penyakit yang memberi kesan pada fungsi otak seperti angin ahmar/strok
✔️Hipertensi (darah tinggi)
✔️Hiperlipidaemia (kandungan lemak yang tinggi dalam badan)
✔️Ukur lilit pinggang melebihi 90 cm untuk lelaki dan 80 cm untuk perempuan

2⃣ BMI melebihi/sama dengan 27.5 kg/m2

3⃣Tanda-tanda komplikasi obesiti seperti osteoarthritis (sakit sendi) yang teruk, kesukaran untuk bernafas semasa tidur dan radang esofagus (pesakit mengalami kesukaran untuk menelan, loya, muntah dan pedih ulu hati/heartburn)

⚠️Semua ciri-ciri di atas dipertimbangkan oleh doktor sebelum memberikan orlistat dari segi manfaat mahupun RISIKO.
Orlistat BUKAN penyelesaian mudah untuk obesiti!!
🤔Ambil ubat orlistat tak perlu diet dengan senaman ka?
⚠️Keberkesanannya hanya signifikan dengan pengambilan diet rendah kalori dan aktiviti senaman.
⚠️perlu pantauan diet yang sesuai, perubahan gaya hidup dan aktiviti bagi memaksimakan kesannya.

PENGAMBILANNYA PERLU PANTAUAN RAPI SUPAYA BOLEH MEMBERI MANFAAT BERBANDING KESAN SAMPINGAN


🤔Apa kesan sampingan pengambilan Orlistat ?

1⃣Masalah penghadaman
2⃣Steatorrhea (najis jadi berminyak, kentut pun berminyak 😅)
3⃣KURANG KAWALAN kentut dan buang air besar
4⃣Masalah penyerapan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E, K)
5⃣peningkatan risiko kecederaan ginjal.

🤔Ada ubat kurus lain selain Orlistat?

Jawapannya:
TIADA PIL dan jalan SINGKAT untuk KURUS . Man Jadda Wajada 💪

Moga bermanfaat untuk semua.
Farmasi Marmin

Comments

Popular Posts