Atasi Masalah Buasir Dan Ketahui Puncanya

"TAK SENANG DUDUK BILA ADA MASALAH BUASIR"

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia menunggu dan menyebabkan membran disekitar membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku, ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya berlaku pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.

Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.

Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.

Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini.

✨JENIS-JENIS BUASIR


🔹Buasir dalaman (Internal Haemorrhoid)


Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak unjuran ini ke dalam

🔹Buasir luaran (External Haemorrhoid)


Merupakan salur darah vena dibahagian bawah kulit luar dari dubur, pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal, bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku

✨PUNCA BUASIR DAN BAGAIMANA IA TERJADI


Kebanyakkan masalah ini akan menghasilkan simptom apabila ia bengkak, radang dan membesar hingga terkeluar dubur.

1)Sembelit


Sembelit menyebabkan masalah ketika membuang air besar, pesakit selalunya akan meneran dalam jangka masa yang lama untuk mengeluarkan najis.

2)Hamil


Kehamilan memang terbukti menjadi faktor untuk seseorang menghidap masalah ini. Selalunya, penyakit buasir tersebut aman hilang selepas wanita tersebut melahirkan anak

Di sebabkan perubahan hormon didalam badan seseorang wanita. Ini membuatkan saluran darah disitu senang membesar jika dibandingkan dengan sebelum mengandung

TANDA-TANDA BUASIR

1️⃣Pendarahan ketika buang air besar
2️⃣Ketulan di tempat pembuangan air besar
3️⃣Sakit pada ketulan tersebut
4️⃣Jika ada jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan pembentukan nanah

CARA BERPANTANG DARI BUASIR


🔹Elakkan makan makanan yang berlemak kerana ia mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan berbanding makanan-makanan yang lain

🔹Kurangkan makan makanan berminyak atau bergoreng

🔹Elakkan makan makanan pedas

🔹Perbanyakkan minum air putih secukupnya 8 gelas sehari

**Pastikan anda dapatkan nasihat profesional doktor dan ahli Farmasi sebelum anda mencuba mana-mana ubat seperti gambar ini.

Farmasi Marmin.

No photo description available.

Comments

Popular Posts