BAHAYA BATUK TAK BERHENTI

📢JANGAN PANDANG RINGAN DENGAN BATUK


Batuk berterusan atau sesak nafas, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.
Penting untuk ambil tahu jenis-jenis batuk yang dialami. Malah penting juga untuk mengetahui jenis-jenis ubat yang bersesuaian untuk diambil.

BAHAYA BATUK TAK BERHENTI

Gejala ini mungkin berpunca daripada sejenis penyakit paru-paru yangَ mengeras atau dikenali sebagai fibrosis pulmonari idiopatik (IPF)
IPF menyebabkan pundi air di dalam paru-paru rosak dan menyebabkan mengalami kesan parut seterusnya menjadi keras dan gagal berfungsi sepenuhnya.

PUNCA BATUK

1️⃣ Jangkitan salur pernafasan
▪️Seperti bronkitis sinusitis atau paru-paru (pneumonia, tuberkulosis) jangkitan ini memberi masalah kepada saluran pernafasan bahagian atas

2️⃣ Asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran
▪️Elakkan tempat sebegini dan pakai topeng muka untuk melindungi saluran pernafasan

3️⃣ Demam berlebihan
▪️Salah satu penyebab mengidap batuk. Untuk kurangkan batuk perlu menjaga suhu badan agar tidak naik lebih tinggi

4️⃣ Pengambilan ubat
▪️Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (penghalang enzim penukar angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi

JENIS-JENIS BATUK DAN RAWATANNYA

1️⃣. Batuk Kering (Dry cough)
🔹Tanda-tanda batuk kering tiada kahak, kegatalan pada tekak, suara bertukar
🔹Punca batuk kering jangkitan virus di tekak, menghidapi asma/lelah,habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok, kesan sampingan ubat.

2️⃣. Batuk Basah (Wet cough)
🔹Tanda-tanda batuk basah berkahak, rasa sesak dada (tight chest) bila batuk.
🔹Punca batuk basah jangkitan bakteria di tekak, pneumonia, post-nasal drip.

JENIS-JENIS UBAT UNTUK MERAWAT BATUK

1️⃣. Expectorant (penyingkir kahak)
▪️Sesuai untuk batuk berkahak

2️⃣. Antitussive (penghenti batuk)
▪️Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak

3️⃣. Anti-asthmatics (batuk lelah)
▪️Sesuai untuk batuk lelah (terutama batuk pada sebelah malam)

4️⃣. Mucolytics (cair kahak)
▪️ Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk.

5️⃣. Decongestant (ubat selsema)
▪️Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak.
▪️Sesuai untuk melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.

6️⃣. Antibiotic
▪️ Sekiranya batuk melebihi 3 hari berserta kahak hijau/kuning (perlu slip daripada doctor jika ingin mendapatkan antibiotic di farmasi luar)

7️⃣. Lozenge
▪️Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk.

Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti di atas, terdapat juga ubat batuk herba/traditional yang boleh melegakan batuk.
Contoh biasa seperti Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan banyak lagi.

Farmasi Marmin
Sebarang pertanyaan atau urusan boleh hubungi kami dengan klik link di bawah

Comments

Popular Posts