KENCING KOTOR, APA UBAT YANG BOLEH DIGUNAKAN?



📌Urinary Tract Infection (UTI)

Jangkitan saluran kencing uninary tract infection berlaku apabila sistem perkumuhan tersebut dijangkit bakteria.
UTI biasa berlaku kepada wanita berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Lebih kurang 50% daripada wanita akan mengalami UTI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
Cystisis, sejenis jangkitan pada saluran, kerap berlaku pada wanita hamil
Jika dibiar tanpa dirawat, UTI boleh menjadi agak sakit dan mungkin berbahaya kerana jangkitan boleh merebak ke atas dan sampai ke buah pinggang

📌Simpton-simpton UTI:

🔹Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
🔹Kencing tidak lawas
🔹Kerap rasa hendak kencing
🔹Tidak dapat mengawal kencing
🔹Perubahan kuantiti air kencing
🔹Air kencing berbau busuk


📌Jenis-jenis UTI

UTI selalunya diklasifikasikan sebagai bahagian atas atau bahagian bawah mengikut tempat dimana jangkitan berlaku di sepanjang saluran kencing

▪️UTI bahagian bawah

Saluran kencing bahagian bawah terdiri daripada pundi kencing dan uretra. Jangkitan dalam saluran kencing bahagian bawah boleh menjejaskan uretra (uretritis) atau pundi kencing (sistitis)

▪️UTI bahagian atas

Saluran kencing bahagian atas terdiri daripada ginjal dan ureter.
Jangkitan dalam saluran kencing bahagian atas secara umumnya menjejaskan ureter (ureteritis) dan ginjal (pielonefritis)
No photo description available.

📌Pencegahan kencing kotor boleh diatasi dengan menitikberatkan langkah-langkah seperti:

🔹Minum banyak air kosong sekurang-kurangkan 6 ke 8 gelas sehari sehingga air kencing menjadi jernih
🔹Elakkan tahan kencing ia akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria di dalam pundi kencing
🔹Selepas selesai membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang untuk mengatasi pembiakan bakteria dari kawasan dubur ke uretra
🔹Kurangkan makanan manis atau minuman yang mengandungi kafein
🔹Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap
Semoga bermanfaat.
FARMASI MARMIN

Comments

Popular Posts