Langkah-langkah Untuk Menghadapi Musim Hujan - Banjir


PERNAH TERFIKIR 🤔 ANDA MENYUSAHKAN BERAPA RAMAI ORANG/ AGENSI JIKA TIDAK BERPINDAH MENGIKUT ARAHAN SEMASA BANJIR🏊‍♀ ?

1⃣ PIHAK JKKK KAMPUNG yang bertungkus lumus memaklumkan kepada mangsa kejadian mengenai pusat pemindahan banjir tetapi ANDA TIDAK MAHU AMBIL TAHU

2⃣ PEJABAT KESIHATAN yang bertungkus lumus mencegah sebarang penyakit yang merebak semasa dan selepas kejadian berlaku. Tapi ANDA TIDAK ADA untuk akan membuat pemeriksaan kesihatan

3⃣ Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang bertungkus lumus menyelaras operasi menyelamat melibatkan PIHAK POLIS, RELA, TENTERA, JPA 3, BOMBA yang akan menjalankan operasi pemindahan mangsa mengikut kawasan yang terlibat ke pusat banjir yang berdekatan. TAPI ANDA TIDAK MAHU MEMBERI KERJASAMA sewajarnya

4⃣ PIHAK JKM yang bertungkus lumus menyediakan bantuan kepada mangsa seperti kelengkapan dan peralatan yang bersesuaian (tilam, selimut, makanan dan lain- lain). tapi ANDA TIDAK HADIR KE PUSAT PEMINDAHAN DAN TAK DAPAT MENERIMA BANTUAN

Anda mahu tergolong di antara orang-orang yang menyusahkan pihak-pihak seperti diatas
MESTI TIDAKKAN

Jadi apa perlu anda buat jika sudah tiba musim banjir?

✔️ Kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.
✔️ Semak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir.
✔️Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insuran, surat cinta dulu-dulu atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.
✔️ Sediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan bantal busuk kegemaran anak anda (ia membantu dia bertenang).
✔️ Kenalpasti kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman anda.
✔️ Kurangkan kadar kerosakan harta benda dengan pindahkan ke tempat tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari.
✔️ Sentiasa mengikuti perkembangan terkini amaran banjir. Banjir boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam malahan dalam beberapa minit juga tidak mustahil.
✔️Apabila amaran banjir dikeluarkan, segera alihkan perabot ke tempat lebih tinggi di rumah anda.
✔️ Dengar radio tempatan dan tonton siaran televisyen untuk mendapatkan maklumat apabila amaran banjir telah dikeluarkan.
✔️ Elakkan berjalan kaki di kawasan air banjir melimpah. Anda tak akan tahu apa yang ada di bawah air.
✔️ Jika enjin kereta anda mati semasa meranduk air banjir, tinggalkan kereta dengan segera. Ia mungkin hanyut dibawa arus kuat dan ia sangat berbahaya.

😎Itu antara tips paling ringkas bila tiba musim banjir

Yang paling penting anda perlu pastikan keselamatan diri dan keluarga dalam keadaan baik.
Dengar arahan dari pihak berkuasa dengan baik ya😉
Farmasi Marmin.
No photo description available.No photo description available.

Comments

Popular Posts