Manfaat Evening Promrose Oil (EPO) Pada Wanita


Evening primrose merupakan tumbuhan yang unik serta menarik. Bahan aktif yang terdapat dalam evening primrose oil adalah asid lemak omega-6, asid gamma-linolenik dan asid linoleik. Primsrose oil mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita.

Manfaat Evening Promrose Oil

1️⃣ Menstabilkan hormon wanita


Membantu wanita yang mengalami simptom pra-haid seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara akibat perubahan hormon semasa haid, serta simptom menopaus seperti 'hot flushes' serta kekejangan otot.

2️⃣Mencantikkan kulit

Membekalkan nutrien penting dam lemak yang sihat menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan membantu mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan dan kulit kering. Kajian saintifik telah membuktikan evening primrose oil mampu mengurangkan simptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit

3️⃣Menguatkan kuku

Asid lemak (LA dan GLA) yang terkandung dalam EPO juga membantu menguatkan kuku dan menghalang dari terjadinya kuku retak dan rapuh

4️⃣Memudarkan bintik-bintik gelap

Membantu memudarkan parut jerawat dan cela yang terdapat pada kulit

5️⃣Mencantikkan rambut

EPO mengandungi nutrien yang membantu menguatkan rambut bagi mengelakkan masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
.
Farmasi Marmin

No photo description available.
Antara Produk Evening Primerose Oil (EPO) yang boleh didapati di Farmasi

Comments

Popular Posts