BETULKAH G6PD BOLEH MEMBAWA MAUT?

G6PD boleh bawa maut? Hakikatnya G6PD bukan penyakit yang berbahaya tetapi jika tersalah langkah boleh jadi bahaya
📌G6PD dan pengambilan ubat-ubatan
Ramai ibu bapa yang risau apabila mengetahui anak mereka mengidap penyakit kekurangan enzim G6PD. Sebenarnya adakah penyakit ini berbahaya?
📌Glucose-6-phosphate dehydrogense (G6PD) ialah sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsinya adalah menstabilkan membran sel darah merah. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan atau makanan tertentu. Paras enzim G6PD yang rendah merupakan satu penyakit bawaan genetik. Oleh itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah lelaki, manakala perempuan pula biasanya adalah pembawa.
📢TAKE NOTE G6PD adalah:
1️⃣Penyakit bawaan genetic - penyakit seumur hidup
2️⃣Tidak berjangkit
3️⃣Biasanya dikesan sewaktu lahir - setiap kelahiran bayi di Malaysia akan melalui berapa saringan termasuklah G6PD yang bertujuan untuk mengenalpasti bayi yang mempunyai masalah supaya perbincangan dan nasihat drpd doktor dapat diberikan
4️⃣Kebanyakan pesakit adalah lelaki, manakala perempuan pula biasanya adalah pembawa.
5️⃣Tiada rawatan khas yang dapat menyembuhkan atau meningkatkan enzim G6PD. Rawatan biasanya akan diberikan apabila pesakit mendapat komplikasi.
7️⃣Pesakit boleh menjalani kehidupan secara normal tapi perlu mengambil perhatian yang serius terhadap diet, pengambilan makanan dan ubat
🔹Penting kepada pesakit untuk mengelakkan bahan-bahan seperti:
1️⃣Kacang parang
2️⃣Ubat gegat (naphthalene/moth balls)
3️⃣Sesetengah ubat- ubatan moden dan tradisional ( sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum pengambilan, terdapat rujukan ubat-ubatan yang perlu dielak dan dikawal pengambilan)
4️⃣Ubat nyamuk lingkaran yang mengandungi pyrethium
5️⃣Methylene blue
6️⃣Sapuan atau bahan yang mengandungi menthol – tiada kajian saintifik yang dijalankan, tetapi ada beberapa kes hemolisis berpunca daripada penggunaan bahan mengandungi menthol.
Komplikasi utama kekurangan enzim G6PD ialah kekurangan sel darah merah (ANEMIA). Apabila terdedah dengan rangsangan, akan berlakunya proses pemecahan sel darah merah (HEMOLISIS) dan menyebabkan anemia. Antara simtom anemia adalah seperti sesak nafas, pucat, sakit dada, tidak bermaya, pening, degupan jantung yang laju, dan penyakit kuning (jaundice).
Ketahanan tubuh dan tindak balas terhadap bahan rangsangan adalah berbeza antara individu. Ibu bapa perlu main peranan penting dalam penjagaan terutama sewaktu masih bayi. Perhatikan juga komplikasi yang boleh berlaku sekiranya terdedah dengan bahan rangsangan. Jika serius, bawa segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Didik juga anak – anak supaya ambil tahu tentang diri mereka supaya boleh jaga diri apabila meningkat dewasa. Tiada kad istimewa dibekalkan kepada pesakit yang menyatakan mereka ada penghidap penyakit G6PD. Pastikan anda maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi sebelum menerima apa-apa rawatan dan ubat- ubatan.

Comments

Popular Posts