MASALAH KEMBUNG PERUT KEPADA BAYI

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama bagi mereka berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen (abdominal cavity) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing) abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal
📌Adakah kembung perut normal?
Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah 'colic' iaitu keadaan dimana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak seles tanpa sebab spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu
Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang dan bayi membesar dan menyusu dengan baik
Sebab-sebab parut kembung?
1️⃣Cara menyusu dengan yang tidak betul - telalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan (burp the baby) selepas menyusu.
2️⃣Bayi menangis terlalu banyak, terlalu sakit kerana 'overstimulation' pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut
3️⃣Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas
📌Cara-cara lain yang membantu semasa 'colic'
✔️ Mendukung bayi anda semasa manangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi
✔️ Ubatan seperti simeticone drops dicampurkan dalam susu
✔️ Cara alternatif/tradisional sapu minyak essential oil
✔️ Cuba tukar formula susu lain sekiranya jika ada alahan susu yang sebelum ni
📌Antara ubat yang boleh merawat perut bayi yang kembung:
1️⃣Gripe water oral solution
✔️ Sodium hydrogen carbonate mempunyai tindakan antasid yang mantap
✔️ Dill oil see merupakan sejenis karminatif beraroma digunakan secara meluas terutama dalam merawat kembung kanak-kanak
✔️ Untuk melegakan kembung perut, kurang hadam terutamanya semasa semasa pertumbuhan gigi
2️⃣Dentinox
✔️ Dentinox infant colic drops suspension dinyatakan bertujuan untuk merawat kembung
✔️ Melindungi dan melegakan kulit pecah-pecah atau retak
3️⃣Colimix syrup
✔️ Melegakan kesakitan spasma usus pada bayi
✔️ Merawat kembung dan ketidakselesaan perut
✔️ Hanya boleh didapati di Farmasi atau Klinik sahaja
Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

Comments

Popular Posts