Ruam lampin merupakan keadaan yang kerap berlaku dalam kalangan bayi atau anak kecil. Kulit bayi agak sensitif. Ruam lampin terjadi apabila kulit bayi terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangka masa panjang
Selain itu, ruam lampin juga boleh berlaku apabila bayi atau kanak-kanak mempunyai alahan kepada jenis lampin pakai buang yang digunakan atau alah kepada pencuci atau sabun yang digunakan untuk membasuh lampin.
Pada dasarnya, ruam lampin adalah masalah kulit yang ringan dan tidak serius, namun jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan lepuh pada kulit dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat berlaku.

APA YANG MENYEBABKAN RUAM LAMPIN BOLEH BERLAKU?

Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan

Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi

ANTARA GEJALA YANG BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR:

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan bersisik dibahagian punggung, kelangkang dan peha

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintik-bintik kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti

CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI

Pastikan bayi dalam keadaan kering
Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk

Tukar lampin dengan kerap
Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkanya dengan segera. Bayi yang berumur kurang daripada setahun memerlukan pertukaran lampin yang lebih kerap berbanding dengan kanak-kanak berumur 1-2 tahun

Cuci dengan air
Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi

Kurangkan penggunaan sabun
Jangan cuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap

Elakkan bedak talkum
Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam berlaku

Longgarkan lampin
Pastikan bayi dalam keadaan selesa, jangan pakaikan lampin dalam keadaan ketat

Sapu krim jenis pelindungan (barrier cream or ointment) setiap kali menukar lampin
Antara jenis krim atau salap pelindung yang boleh digunakan adalah zink oksida (zinc oxide), jeli petroleum/ parafin (petroleum jelly/white soft paraffin)
SUDOCREAM

Melembabkan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan akibat lampin

Mengandungi emolien yang melegakan kesakitan akibat kegatalan
HS DERMAPY CREAM

Melindungi dan memulihkan kulit bayi yang kering

Merawat ruam lampin bayi dan ruam panas

Diperkaya dengan vitamin E dan Aloe Vera
DERMOPLEX CALAMINE CREAM

Mengurangkan ruam kulit dan kerengsaan

Melegakan ruam lampin dan ruam panas

Gatal kulit kesan gigitan serangga seperti nyamuk

Gatal-gatal kulit ringan

Gatal akibat alergik
DRAPOLENE CREAM/LOTION

Drapolene cream mengandungi benzalkonium chloride dan cetrimide

Antiseptik yang membunuh sel-sel bakteria

Merawat dan mencegah ruam lampin bayi, ruam badan

Gatal akibat gigitan serangga

Merawat kulit merah gatal

Merawat luka-luka ringan
BEPANTHEN OINTMENT

Merawat kulit terbakar

Merawat ruam lampin dan ruam panas

Melegakan gatal kulit dan mengelupas

Memulihkan luka-luka kecil

Merawat kawasan yang sakit dan merekah akibat menyusukan bayi
SEBAMED DIAPER CREAM

Membantu penambahbaik perlindungan kulit

Diformulasikan dengan formula perlindungan lipid menggunakan lecithin dan squalene

Melegakan dan meredakan pertahanan kulit

Membantu menyembuhkan luka

Membantu merawat ruam lampin pada bayi

Cawangan Farmasi Marmin (Sepanjang Bulan Ramadhan)
➀Peramu, Pekan (8am-6.30pm)
➁Ketapang, Pekan (8am-6.30pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-6.30pm)
➃Chini, Pekan (8am-6.30pm)
➄Gambang, Kuantan (8am-6.30pm)
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856