MASALAH EKZEMA DAN LANGKAH PENCEGAHAN

👉🏻Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang keradangan, bengkak , gatal-gatal dan kelihatan kemerah-merahan.
👉🏻Adakalanya ekzema kelihatan berkerak pada permukaan kulit dan berlaku pada bahagian siku, pipi dan lutut.
👉🏻Tahap ekzema boleh jadi bertambah buruk sehingga gatal berpanjangan dan menjadi luka apabila digaru.
👉🏻Ekzema biasanya berlaku dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
👉🏻Sesetengah keadaan, ekzema menjangkiti sepanjang tempoh kanak-kanak sahaja, namun, terdapat juga yang menghadapi ekzema sepanjang hayat.
👉🏻PUNCA EKZEMA
🩺Punca utama ekzema tidak diketahui namun ekzema berlaku disebabkan oleh tindak balas imun sistem yang terlalu sensitif kepada sesuatu penyebab iritasi kulit
✉️mempunyai keturunan yang ada ekzema
✉️mudah terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif kpd kepanasan
✉️jangkitan virus
✉️bahan kimia peransang (allergen) seperti sabun basuh pinggan dan minyak wangi.
👉🏻JENIS EKZEMA
🧐‘Irritant dermatitis’- berlaku disebabkan beberapa faktor seperti sejarah keluarga, sentuhan kepada bahan kimia secara berlebihan dan bahan toksik.
🧐‘Atopic dermatitis’ - jenis yang lazim berlaku, disebabkan faktor keturunan dan biasanya menjangkiti bahagian pipi, leher, siku, dan lipatan lutut.
🧐'Allergic contact dermatitis- kegatalan disebabkan oleh sentuhan dengan bahan allergik. Berlaku selepas beberapa jam pendedahan kepada bahan tersebut dan pulih selepas tujuh hari apabila bahan tersebut tidak didedahkan kepada kulit.
🧐'Nummular/ discoid eczema’ - berlaku daripada kecederaan ringan seperti gigitan serangga atau kebakaran. Biasa berlaku dalam kalangan warga tua dan berbentuk seperti duit syiling.
🧐‘Seborrheic dermatitis’ -ruam di bahagian kepala, muka dan telinga (iaitu di bahagian yang mudah berminyak)
👉🏻CARA MEMBANTU KANAK-KANAK YANG MENGALAMI EKZEMA
👶🏻Elakkan memakai baju berlapis-berlapis
👶🏻Berikan pakaian daripada kapas dan nipis
👶🏻Beri keselesaan kepada anak anda seperti bilik yang ada pengudaraan yang baik
👶🏻Awasi makanan yang membuatkan keadaan ekzema bertambah teruk, atas nasihat doktor.
👶🏻Setelah mandi dan keringkan badan, sapukan losyen bagi memberi kelembapan
👶🏻Elakkan fabrik yang kasar
👶🏻Gunakan sabun yang bersesuaian dengan kulit anak anda.
👉🏻RAWATAN BAGI EKZEMA
🩺Matlamat bagi merawat ekzema adalah untuk mengawal daripada kegatalan dan mencegah daripada jangkitan kuman. Antara langkah merawat adalah:
💊Krim pelembap kulit untuk menahan kekeringan dan kegatalan kulit. (aqueos cream)
💊Krim steroid bagi merawat keradangan kulit yang teruk.(hydrocortisone,betamethasone)
💊Ubat makan tahan gatal seperti antihistamin (cetirizine, chlorpheniramine)
💊Antibiotik sekiranya terdapat jangkitan kuman.
💊Sekiranya keadaan semakin berlarutan atau menjadi lebih serius, dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya 🙂
♦Cawangan Farmasi Marmin
1️⃣Peramu, Pekan (8am-9.30pm)
2️⃣Ketapang, Pekan (9am-9.30pm)
3️⃣Wakaf Bharu, Kelantan (8am-9.30pm)
4️⃣Chini, Pekan (9am-9.30pm)
5️⃣Gambang, Kuantan (8am-10pm)
6️⃣Klinik Marmin (bakal di buka Julai 2020)
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Comments

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts