KEPENTINGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS ATAU FIRST AID KIT
KEPENTINGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS ATAU FIRST AID KIT
Pertolongan atau bantuan segera yabg bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan berubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
BARANG YANG PERLU ADA DALAM FIRST AID KIT
Kotak first aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada di kebanyakan tempat kerana seseorang itu boleh memberikan rawatan awal kepada pesakit sebelum sampai ke klinik ataupun hospital
Bahkan dengan rawatan yang betul, sesuatu kecederaan yang tidak serius tidak memerlukan untuk dibawa berjumpa dengan doktor jika anda sendiri tahu untuk merawatnya dan mempunyai kelengkapan first aid yang mencukupi
SENARAI BARANG PETI PERTOLONGAN CEMAS YANG PENTING DAN PERLU ADA:
Plaster merupakan barangan asas yang semua first aid kit perlu ada. Ia digunakan untuk menutup luka-luka kecil yang tidak mengalami pendarahan yang teruk
Terdapat 2 jenis bandage iaitu bandage biasa dan bandage segitaga/triangular bandage/kain anduh. Ia digunakan untuk membalut luka atah membalut dikawasan yang bengkak
Berfungsi untuk membalut dibahagian yang patah atau lebam
Kain kasa atau gauze ini selalunya digunakan untuk menutupi luka yang besar. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka yang kotor
Kapas pula selalunya digunakan untuk membersihkan luka. Jika luka itu kotor, gunakan air bersih untuk membersihkan kekotoran terlebih dahulu. Kemudian sapu dengan larutan antiseptik (iodin) untuk membunuh kuman dibahagian tersebut
Ia merukapan larutan yang berwarna kuning. Larutan ini mengandungi unsur iodin yang berfungsi untuk membunuh kuman (antiseptik) di kawasan luka
Krim pemanas digunakan untuk merawat sakit otot dan juga kekejangan otot
Gunting penting untuk memotong gauze, bandage dan sebagainya.
Micropore digunakan untuk melekatkan beberapa perkara seperti melekatkan gauze pada kulit
Ubat-ubatan yang disyorkan untuk diletakkan di dalam peti pertolongan kecemasan ialah
Boleh dapatkan di Farmasi Marmin yang berdekatan dengan anda



Comments
Post a Comment