Nak tau tak macam mana perempuan boleh jadi cantik ?

 




Wanita cantik kena makan Vitamin C?

Haa kalau taknak cantik atau dah cantik, boleh skroll ke atas! Sebab posting ini untuk wanita-wanita yang nak kan kulit yang cantik tahun 2024!

Dah nama pun cantik. Cantik pun bermula dengan C. Jadi ingat cantik, ingat vitamin C!

Jom MARMIN share kenapa wanita nak cantik kan kulit perlu tambah vitamin C dalam kehidupan seharian!

1. Kolagen - sejenis protein yang berfungsi mengekalkan struktur dan keanjalan kulit wajah kita. Tapi tahukah anda vitamin C yang bertindak membantu penghasilan kolagen dan mengekalkannya dalam tubuh badan kita. Jadi, untuk kulit yang sihat dan cantik, kita perlukan vitamin C yang cukup untuk membantu penghasilan kolagen dalam badan


2. Healing - vitamin C akan membantu penghasilan kolagen yang akan membantu menguatkan dan menganjalkan kulit. Jadi, kolagen akan membantu kondisi kulit menjadi cepat merata dan mengurangkan penghasilan tisu parut 🦋

3. Memperlahankan tanda penuaan kulit - tanda penuaan termasuklah berkedut & kulit kusam. Jadi, bila vitamin C disapu ke atas kulit, ia akan mempercepatkan kadar penghasilan kolagen dan elastin yang membuatkan kulit tampal anjal!

4. Mengurangkan bintik hitam pada kulit - vitamin C kaya dengan anti oksidan yang bertindak melindungi kulit daripada bintik hitam diaebabkan oleh pendedahan ekstrem bawah cahaya matahari. Jadi, dengan anti oksida yang tinggi, kulit dapat dilindungi jika disapu vitamin C pada tempat yang ingin dilindungi. 

5. Menghalang pigmentasi - vitamin c dapat menghalang penghasilan pigmen dari dalam yang menyebabkan kulit kita menjadi timbul jeragat atau bintik hitam. 

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan vitamin C ni. 

Tapi MARMIN nak kita as wanita cantik fokus pada 5 ni sahaja dulu. Banyak-banyak sangat bukan masuk kepala sangat 😆 hehe. 

Yang penting, kita start small and tiny steps first dulu okay?


 


Comments

Popular Posts